Wednesday, 25 January 2012

Moral Ummah Hancur Kerana?

Pemerintah yang jahil akan di angkat oleh Allah yang di undi oleh rakyat yang jahil. Pemimpin yang beriman dan bertaqwa di angkat oleh Allah yang di undi oleh rakyat yang beriman dan takut kepada Allah.

Aku tertarik dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan ini. Zaman ni zaman tipu menipu. Pekerja tipu majikan, majikan tipu pekerja. Anak tipu bapak, bapak tipu mak. Bapak ajak mak tapi mak kata uzur tak dapat pi surau dengar ceramah padahal nak tengok rancangan Rajalawak. Bapak pun sebenarnya tipu tak pegi dengar kuliah pun, tapi jumpa janda. Gitu la perumpamaannya..

Zaman orang kuat berbohong, jadi jangan salahkan pemimpin yang juga selalu berbohong. Yakinlah bahawa kita sendiri yang menzalimi diri sendiri. Allah tak pernah sedikit pun menzalimi kita! Banyak doa-doa taubat dari kisah-kisah Nabi yang ada ayat 'sesungguhnya kami menzalimi diri sendiri'.


Nak salahkan sapa lagi kalau bukan diri sendiri? Zaman ini zaman suka tengok salah orang lain, diri sendiri tak pernah tengok. Adab yang betulnya ialah bila kita tengok orang lain, zahirkanlah semua kebaikan dia, jangan tengok kesalahan dan dosa-dosa mereka, usahalah untuk tutup aib orang. Tengok diri, zahirkan (perlihatkan) dosa-dosa diri.. sembunyikan amalan-amalan baik.

Dah tak ramai orang-orang yang macam ni.. umat islam hanya umpama banyaknya buih-buih dilautan.. ramai tapi hampeh, tak kuat. Satu buih hilang, sepuluh buih baru timbul. Apa yang Nabi kita Nabi Muhammad salallahu alaihissalam ramalkan memang sudah nyata kini.

Balik pada tajuk. Ummah semakin hari semakin parah. Tak perlu pikir dalam-dalam apa puncanya. Tak payah tengok jauh-jauh nak tau puncanya. Tak payah salahkan yahudi, teori konspirasi, salahkan pemimpin, jiran sebelah, orang kapir tak payah tak payah tak PAYAHH!!

Islam itu agama yang terang, siapa orang islam maka dia berada di dalam terang. Hakikatnya sekarang, orang islam sesat dalam cahaya terang benderang! Orang kapir toksah kira la memang depa duk dalam gelap pun. Tapi ni, kita orang islam!

Walaupun Allah dah bagi kemudahan elektrik, masih tak mau mengaji Al-Quran. Orang Myanmar yang diburu ketakutan, gali lubang dalam tanah, guna lilin dari lemak binatang semata untuk mengaji Al-Quran, takut-takut dilihat pemberontak. Kita?

Dah ada macam-macam kemudahan, lampu, air, kenderaan, jalan raya, duit isi minyak, masjid tapi ada ke kita guna untuk jalan Allah? Allahuakhbar.. teruknya aku.. eleehh korang pun sama teruk!

Balik pada tajuk. Secara umumnya kita semakin jauh dengan Allah.. disibukkan dengan duniawi sampai lupa ajal, lupa bekalan untuk ke sana. Pagi petang cari kedarah. Bukan salah, tapi cari kedarah sampai lupa dan lalai, satu sen tak guna!

Ada satu perkara penting kita lupa.. antara penyebab kerosakan akhlak zaman sekarang.

Tak belajar FARDHU AIN.

Imam Ghazali kata, haram kalau belajar Fardhu Kifayah sebelum habis belajar Fardhu Ain. Fardhu Ain tu ada 3, Tauhid, Feqah dan Tasauf.

Elok aku terangkan kat sini bahawa berdosa besar kalau mak bapak tak ajarkan anak isteri bab Fardhu Ain ni! Kalau tak mampu ajar, bawak pi belajar sekali! Sebab ini penting..


Kes Amalina, walaupun dapat 17A SPM 2004. Dulu bertudung, sopan, tapi bila lepas ke Scotland terus jadi tak senonoh. Mak dia sendiri mengaku bagi anak dia pakaian tak senonoh macam tu, tak tau la nak coverline ke apa. 


Ini contoh.. akibat dari tiada didikan fardhu ain yang mantap dari ibu bapa. Belajar bahasa inggeris, bahasa melayu, engineering, fizik, biologi, metafizik, fluid power and turbo machinery, applied metallurgy, fluid mechanics, bahasa jawa tak salah.


Tapi salah bila didahulukan fardhu kifayah ini berbanding fardhu ain. Ilmu ini ialah untuk kita mengenal Allah, perintahnya, larangannya, tau bab toharah (bersuci), tau cara bersolat, belajar mengaji, kenal Rasul, rukun islam, rukun iman, moral, akhlak dan macam-macam lagi.

Ini tidak, kalau tak lulus bahasa melayu, maka sijil tak laku. Islam diletakkan dimana? Melayu diatas, Islam dibawah? Bukan ke perkara ni digubal oleh kerajaan yang telah kita pangkah? Kita jahil, pemimpin kita pun jahillah.


Nak belajar ilmu apa pun belajarlah, tapi jangan di abaikan satu matapelajaran yang teramat-amat penting ni. Dahulukan ia. Didiklah anak-anak kita, isteri kita, agar masa depan negara akan di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang alim, tak jahil, ada moral, ada akhlak baik, dan juga tak lain tak bukan - hafal surah Al-Baqarah!

Sesungguhnya aku amat mengimpikan ini.. 


Sebenarnya aku yang cakap pandai dan cakap banyak ni pun tengah belajar fardhu ain balik. Azam aku tahun ni nak bagi mantap lagi subjek ni. Aku pun hampeh jugak tapi nasib baik ada taufik. Hidayah aku tak tau lagi.. baru ada taufik je ni..


Kalau ada kehendak, kita mintak, InsyaAllah Allah akan beri. Kehendak itu ialah aku mintak pada Allah agar beri aku petunjuk.. petunjuk jalan yang benar. Alhamdulillah Allah telah berikan pada aku. Kalau tak, memang masak la aku nanti..

Aku tak mau anak bini pun sesat baran. Usahalah untuk keluarkan diri kita dari 72 puak yang sesat, belajarlah bab Aqidah, ni pun teramat penting gak.. Kalau beramal macam tok wali pun tapi aqidah jem, tak guna setengah dirham pun.

Keluarkan diri kita dari kegelapan dan kejahilan. Toksah bagi alasan diri jahil bila buat benda salah lagi. Zaman dulu nak pi belajar, nak keluar dari jahil bukan senang macam sekarang. Kena naik sampan, redah hutan belukar, jumpa rimau, jalan kaki, kena cari fuhhh.. susah.. tapi cukup berkat! Bayangkan Imam Syafie berjalan lebih kurang 800 batu semata-mata nak dapatkan sepotong hadis! Zaman ni, tak sampai 5 minit dah dapat beli buku-buku hadis, banyak pulak tu!!

Sekarang, semua dah ada, kuliah masjid, internet, ceramah radio, vcd ceramah, buku-buku, kuliah kat tv, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, orang alim, tok guru, ada henfon ada kereta, motor, mudah je.. Sebaik-baiknya carilah guru-guru untuk mengesahkan apa yang kita belajar tu. Jadi, nak bagi alasan jahil lagi? Memang saja la tu..

 Jadi marilah kita betulkan semula diri kita.. belajarlah apa yang sepatut-patutnya kena belajar. Selamatkan akidah kita, selamatkan ahli keluarga kita dulu kerana dari sebuah institusi keluargalah terlahirnya ummah. Aku sekadar berdakwah iaitu mengajak bukan mengajar, hanya berkongsikan apa yang aku tahu. Apa-apa kesalahan aku, ampunkan aku, tegurlah aku, aku terima. 

Sekian. Wallahuaklam.


No comments:

Post a Comment