Monday, 14 January 2013

Jumlah Aulia Maududdin dan Orang Yang Beriman Akhir Zaman

Assalamualaikum sahabat siber dan alam nyata semua. Dikesempatan ana rajin menulis secara tiba-tiba atas hidayah Allah jua, ana cuba nak menghurai dengan ilmu yang cetek yang juga dikurniakan Allah sehinggakan bila dihitung ana hanya sebatang kara malah lebih teruk dari itu.

"Allah maha kaya, dan kamu semua Fuqara' (miskin)"

Dalam satu post ana di Laman sosial facebook milik ana. Ayatnya berbunyi (walaupon hanya tulisan) begini.

KATA TUAN MINAL (SHEIKH MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN):

"MANUSIA DI AKHIR ZAMAN JUMLAH ORANG2 BERIMAN HANYA 12000 LAKI-LAKI DAN 7000 PEREMPUAN"


~ PETIKAN DARI AQIDATUN NAJIN. LU PK LA SENDIRI


Maka ramailah para sahabat ana komen di dinding ana. Pelbagai pendapat yang timbul. Sehinggakan seorang sahabat ana, yang ana kasihi Private message pula bagi menambahkan keyakinan dan merungkai permasalahan. Ana minta maaf sebab analah yang menimbulkan persoalan di situ dengan soalan ana berbunyi berikut;

tu la..
zaman Tuan Minal yg 12000 laki 7000 pmpn..
zaman skrg kurg lg kot..
saudara Fajar.. mcm mana yg kata 70422 jumlah wali tu? xkurang x lebih.. mati satu ganti satu...?


Manakala huraian sahabat ana pula seperti berikut;

Salam, maaf Pok Nik masuk mencelah tidak dijemput. Pok Nik ada terbaca hujjah (hipotesis) mengenai perkara ini dan hujjah yang berbentuk hipotesis berikut mengaitkan dengan Aqidatun Najin.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-

“Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (lembut) yang datang dari Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui SESEORANG YANG BERIMAN, WALAUPUN IMANNYA HANYA SEBESAR BIJI SAWI kecuali ia akan mematikannya”;- Hadith Riwayat Muslim.

dan juga :

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!”

Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang.

Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa SETIAP ORANG BERIMAN DAN SETIAP ORANG ISLAM. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Rasanya 12000 lelaki beriman dan 9000 wanita beriman itu adalah dari golongan yang disebutkan di atas iaitu :

A) selepas zaman Al-Mahdi,
B) selepas zaman Dajjal dibunuh Nabi Allah Isa a.s.
C) selepas zaman Yakjuj Makjuj dan
D) selepas kematian Isa a.s.

Jenazah Baginda Nabi Allah Isa a.s. akan disolatkan oleh orang-orang mukmin (12000 lelaki dan 7000 wanita beriman inilah)

Ada juga terbaca kisah di mana waliyullah sudah tiada lagi ketika itu dan 12000 lelaki dan 7000 wanita beriman ini akan diwafatkan sehari sebelum qiamat.

Mengenai 70,422 aulia maududin itu tidak termasuk dalam jumlah 19,000 ini - malah 70,422 aulia maududin diwafatkan lebih awal daripada 19,000 orang ini.

Wassalam


Baiklah, pertamanya ana ingin memperkenalkan kitab Aqidatun Najin. Kitab tersebut amat terkenal dalam pengajian Pondok-pondok sekitar Nusantara ditulis oleh seorang Ulama Fatani membicarakan tentang ilmu Tauhid. Ulama tersebut bernama Tuan Minal. Dari petikan kitab tersebutlah ana postkan di Laman Sosial Facebook ana. Bukan sebagai membuka perbalahan dan pendebatan namun sebagai teguran dan peringatan insyaAllah.

Pelbagai pendapat yang timbul berkenaan masalah ini. Ada yang mengatakan jumlah 12000 orang lelaki dan 7000 orang perempuan yang disebut oleh Tuan Minal itu adalah pada saat-saat akhir alam dunia iaitu ketika hampir berlakunya KIAMAT. Ada juga mengatakan jumlah tersebut adalah pada masa ini. Saya lebih tertarik untuk berpegang kepada pendapat kedua dan tidak menolak pendapat pertama. Kepada Allah yang Maha Mengetahuilah saya kembalikan persoalan dan jawapan yang sebenar.

Buat pengetahuan pembaca yang belum mengetahui dan ulangkaji kepada pembaca yang sudah maklum. Jumlah Kekasih (Wali) Allah adalah 70422 orang setiap masa dan ketika. Jika wafat salah seorang Allah akan gantikan dengan kekasih yang baru sehingga berlakunya KIAMAT. Ketahuilah jumlah 70422 orang ini terdiri daripada menteri-menteri KABINET yang disusun Allah dalam mengurus tadbir DUNIA ini. Daripada jumlah ini terdapat beberapa pangkat seperti Qutubuz Zaman, Imaman, Autad, Abdal, Akhyar dan sebagainya menurut jumlah-jumlah tertentu bagi setiap jawatan atau pangkat tersebut. Jumlah dan port folio menteri tersebut akan dibicarakan pada lain ketika jika diberi kesempatan. InsyaAllah.

Manakala jumlah yang beriman dinyatakan Tuan Minal dalam Aqidatun Najin hanya 19000 orang sahaja. Jumlah ini bercanggah dengan jumlah para wali Allah iaitu 70422 orang. Sebenarnya ana pon memikirkan masalah yang sama sehinggakan mengemukakan soalan kepada AYAH ana sendiri mengenai masalah ini. Allah bejanji para wali yang ada akan dikekalkan jumlahnya sebanyak 70422 orang sepanjang masa selagi belum KIAMAT. 

Di sisi manusia para wali yang wafat adalah mati dan perlu diganti manakala di sisi Allah, Allah menegah kita mengatakan mereka mati. Mereka hanyalah dipindahkan dari NASUT (alam Ujian) ke Barzakh. Jadi sebagai hamba yang maha dangkal atau cetek ilmu pengetahuan lebih afdal kita menyerahkan urusan kewalian itu kepada Allah mutlak. Cukuplah sekadar mengetahui jumlahnya 70422 dan akan diganti jika ada kekosongan. Maka urusan keTUHANan biarkan terus menjadi keTUHANan manakala urusan keHAMBAan perlulah dibaiki sehingga timbul keikhlasan yang hakiki. Manakala pandangan Tuan Minal pula adalah pembukaan HIJAB oleh Allah bagi Beliau melihat sendiri jumlah orang beriman di masa beliau.

Semoga Allah membuka lebih luas jumlah orang-orang beriman dan kita ditempatkan bersama mereka yang bersama Allah dalam Penghambaan dan minta tolong. Amin ya Rabbal Alamin. 

*artikel ini dipetik dari blog sahabat seperjuangan ana:  http://yabjad.blogspot.com

Wednesday, 9 January 2013

Isu Kalimah Allah 2013

Assalamualaikum para pembaca..

Firstly aku nak habaq mai kat hangpa yg aku ni ilmu cetek, jahil pun ya sebab banyak perkara aku masih jahil. Tapi aku sayangkan Allah dan aku tak mau nama suci ni dicemarkan oleh sesiapa. Agama Islam yg suci ni pun tolonglah jangan dicemarkan. Aku jadi naik geram. Tau tak geram??

Aku tau ni bukan pertama kali ia berlaku. Tapi kali ni ia berlaku bila aku mula nak kenal Allah dan agamanya. Aku tak pandai hujah, dan takda hujah dari nas-nas Al-Quran, al Hadith, pandangan-pandangan ulama. Aku takut silap. Aku cuma nak luahkan perasaan aku aje. Boleh gitu?

Bagi aku politik negara sekarang ni macam setan. Cerca merba. Mengelirukan bagi orang-orang yg sudah sedia keliru. Politik pulak dicampur dengan hal-hal agama. Agama Islam pun macam nampak gayanya nak dicampur-campurkan. Agama pun macam dah nak disamaratakan. Boleh aku cakap gitu?

Tak kisahlah kau nak back up dengan kata kat sabah, sarawak, timur tengah, indonesia semua ok je. Tapi aku tak peduli semua tu, aku tak mau perkara ni jadi kat semenanjung ni, tempat aku ni! Kalau aku hantar korang yg setuju pasal perkara ni ke tempat yg korang sebut-sebutkan tu, korang nak tak? Aku rasa bila duduk kat situ baru kau tau apa bezanya.

Ini semua kerja orang-orang yg nak melemahkan kedaulatan agama Islam. Kat tempat lain kau boleh lemahkan, tapi kat sini jangan. Aku kata jangan tu janganlah. Islam sedang diperbodohkan. Kita sedang diratah. Kita sedang lemah. Nak pulak dilemahkan lagi. Mangkok ayon mana yg benarkan?

Kita sedang dipecahbelahkan. Dengan PASnya UMNOnya, Anwarnya, Pakatannya. Keluar pulak isu ni, kita terpecah lagi, jadi semakin kecil semakin kecil semakin lemah. Kau tak sedar ke? Apa kebangang sangatnya kau ni?

Nanti keluar isu lain lagi, pecah lagi. Akhirnya kita dijajah lagi sekali, baru kau nak sedar tapi waktu tu kau dah lemah, dah tak bersatu, takleh nak wat apa dah. Tolonglah.

Ada pulak yg menyokong, hujah dia, biaq pi la kat depa sebab kekeliruan ni boleh diatasi dengan ilmu. Sapa ada ilmu, ada paham, Allah kita sapa, Allah depa sapa, so boleh selamat. Apa ke barang punya baghal punya cakap. Aku rasa orang yang ilmu dia 1000x lebih tinggi dari aku pun boleh sokong dan benarkan pencemaran ni berlaku, apa kebarrangggg ni?

Tambahan pulak umat islam kat Malaysia pada zaman ni, tinggi mana sangat ilmunya. Yg jadi GRO, tunggang todi, ahli clubbing, merempit, rogol sana sini, dadah sana sini, remaja-remaja yg maksiatnya macam-macam zaman ni, konsert muziknya berleluasa, dengan ayah pin nya lagi, rasul melayu, bomoh sana sini, kes murtadnya, dengan anak tak reti baca Al Fatihah walaupun dah patut tahu, ah kau baca Harian Metro sudahlah..  - So kau rasa kat level mana ilmunya majoriti umat Islam Malaysia pada masa ni?

Jadi kau rasa depa ni nak ambik tau tak? Dah lah tak ambik tau, dah tu pulak bila cuba ambik tau, terus mudah terkeliru! Yang kapir keliru, yg Islam pun keliru, celaru haru biru berowww!!

Yang rasa berilmu tinggi, ada PhD, keluar Al Azhar,  unibesiti-unibesiti Islam serata dunia pun belum tentu takkan keliru. Selagi buta sejarah, selagi hidung tersumbat (takleh bau busuknya agenda kapir), selagi telinga pekak, selagi perguruan tak bersanad sampai ke Rasulullah salallahualaihiwasallam, selagi mempajak gadaikan agama untuk dunia, selagi tulah mereka akan keliru. Cuma ada beberapa kerat je yg tak keliru, mereka itulah yg kuat membantah.

Aku rasa macam tak ada apa-apa je bila isu ni keluar, tak berapa nak hangat, macam remeeeeeh je macam tarik napas hembus napas. Eh cuba kau masukkan kepala dalam air kolah mandi sat lagi, selagi tak cukup 5 minit jangan keluarkan kepala lepas tu baru kau tau remeh tak remeh.

Patutnya isu ni hangat kaw-kaw punya sampai orang berdemonstrasi, bantah sana sini, bakar sana bakar sini, parang terbang sana sini, perang jihad ka.. tapi takda. Sembang kat kedai kopi, blog, paper sikit-sikit, berita 2-3 minit, takat tu aje la hangatnya...

Nak wat cemana.. orang islam dah tak sensitif dengan agama sendiri dah. Tengok aje la kat FB, masing-masing sibuk post cerita anak sekolahlah, kisah jodoh, ambik gambar makanan, gila bola, bersyair pantun, bergambar kat salji, melancung sana melancung sini, mengadu masuk sepital.. Eh macam takde papeeeeee je??

Walhal aku punya friend ramai yg kononnya kaki jihad, yg konon tentera fisabilillah pun ada ramai, fisabilillah pakai rantai, gelang, seluar pendek pun ada, sakan bab gaduh sana sini tapi.. ada la 2-3 ketul yg sama geram macam aku. Yang lain hanyuuut macam tu saja. Macam takde papeeeee je.

Diorang ni memang cari pasal la. Takda pasal carik pasal. Memang saja jolok sarang tebuan, tapi tebuan dah tak bisa sangat. Ntah bila nak bisa dan agresif pun tak tau lah. Tebuan lemau. Masing-masing jaga periuk nasik, takut hilang nikmat dunia, takut mati, cinta dunia terlebih. Wahan. Satu penyakit. Cinta dunia. Takut Mati. (Aku pun takut mati lagi ni ish.. utang tak bayar lagi)

Nak buat apa pun aku tak tau sekarang ni, kita tengok dulu sejauh mana depa nak cemarkan nama Allah ni. Nak tunggu sehingga tahap mana?
  1. Depa buh sticker kat belakang kete tulis: Jesus Anak Allah?
  2. Mereka tulis Allah kat salib?
  3. Anak cucu kita tanya kita 'Ayah.. agama kristian tu sama jugak macam agama kita ke?'
  4. Kes murtad semakin menjadi-jadi?
  5. Allah boleh diperlawakkan dalam jenaka-jenaka mereka sama macam mereka mempersendakan Jesus mereka dalam filem-filem, komik-komik, gurauan harian mereka?
Boleh ka tunggu macam tu?

Hmmm entahlah.. baru aku terasa sekarang ni tersangaaaaaatlah akhir zamannya.. hammmpirrrrr sangat sangat. Terasa sangat sangat.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau ampunilah kami, berilah petunjuk dan hidayah kepada Kami. Bantulah kami untuk memelihara dan mempertahankan agama Islam, agama Islam pada diri kami, ahli keluarga kami, masyarakat kami, harta benda kami dan tanahair kami. Kau cabutkanlah sifat pengecut dan gerun kami terhadap musuh-musuh agama Mu Ya Allah, bangkitkanlah kami untuk menentang musuh-musuh Mu Ya Allah, musuh-musuh yang cuba mencemarkan nama suci Mu Ya Allah.. Pilihlah kami untuk menjadi hulubalang-hulubalang Mu Ya Allah. Jangan Kau biarkan kami berbalah sesama sendiri Ya Allah, satukanlah kami semula Ya Allah, kembalikanlah zaman keagungan Agama Islam semula Ya Allah, Kau bantulah juga pejuang-pejuang Mu diseluruh bumi Mu ini Ya Allah. Berilah kami kemenangan mutlak Ya Allah!"

Amin.

AllahuAkhbar!