Monday, 14 January 2013

Jumlah Aulia Maududdin dan Orang Yang Beriman Akhir Zaman

Assalamualaikum sahabat siber dan alam nyata semua. Dikesempatan ana rajin menulis secara tiba-tiba atas hidayah Allah jua, ana cuba nak menghurai dengan ilmu yang cetek yang juga dikurniakan Allah sehinggakan bila dihitung ana hanya sebatang kara malah lebih teruk dari itu.

"Allah maha kaya, dan kamu semua Fuqara' (miskin)"

Dalam satu post ana di Laman sosial facebook milik ana. Ayatnya berbunyi (walaupon hanya tulisan) begini.

KATA TUAN MINAL (SHEIKH MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN):

"MANUSIA DI AKHIR ZAMAN JUMLAH ORANG2 BERIMAN HANYA 12000 LAKI-LAKI DAN 7000 PEREMPUAN"


~ PETIKAN DARI AQIDATUN NAJIN. LU PK LA SENDIRI


Maka ramailah para sahabat ana komen di dinding ana. Pelbagai pendapat yang timbul. Sehinggakan seorang sahabat ana, yang ana kasihi Private message pula bagi menambahkan keyakinan dan merungkai permasalahan. Ana minta maaf sebab analah yang menimbulkan persoalan di situ dengan soalan ana berbunyi berikut;

tu la..
zaman Tuan Minal yg 12000 laki 7000 pmpn..
zaman skrg kurg lg kot..
saudara Fajar.. mcm mana yg kata 70422 jumlah wali tu? xkurang x lebih.. mati satu ganti satu...?


Manakala huraian sahabat ana pula seperti berikut;

Salam, maaf Pok Nik masuk mencelah tidak dijemput. Pok Nik ada terbaca hujjah (hipotesis) mengenai perkara ini dan hujjah yang berbentuk hipotesis berikut mengaitkan dengan Aqidatun Najin.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-

“Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (lembut) yang datang dari Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui SESEORANG YANG BERIMAN, WALAUPUN IMANNYA HANYA SEBESAR BIJI SAWI kecuali ia akan mematikannya”;- Hadith Riwayat Muslim.

dan juga :

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!”

Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang.

Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa SETIAP ORANG BERIMAN DAN SETIAP ORANG ISLAM. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Rasanya 12000 lelaki beriman dan 9000 wanita beriman itu adalah dari golongan yang disebutkan di atas iaitu :

A) selepas zaman Al-Mahdi,
B) selepas zaman Dajjal dibunuh Nabi Allah Isa a.s.
C) selepas zaman Yakjuj Makjuj dan
D) selepas kematian Isa a.s.

Jenazah Baginda Nabi Allah Isa a.s. akan disolatkan oleh orang-orang mukmin (12000 lelaki dan 7000 wanita beriman inilah)

Ada juga terbaca kisah di mana waliyullah sudah tiada lagi ketika itu dan 12000 lelaki dan 7000 wanita beriman ini akan diwafatkan sehari sebelum qiamat.

Mengenai 70,422 aulia maududin itu tidak termasuk dalam jumlah 19,000 ini - malah 70,422 aulia maududin diwafatkan lebih awal daripada 19,000 orang ini.

Wassalam


Baiklah, pertamanya ana ingin memperkenalkan kitab Aqidatun Najin. Kitab tersebut amat terkenal dalam pengajian Pondok-pondok sekitar Nusantara ditulis oleh seorang Ulama Fatani membicarakan tentang ilmu Tauhid. Ulama tersebut bernama Tuan Minal. Dari petikan kitab tersebutlah ana postkan di Laman Sosial Facebook ana. Bukan sebagai membuka perbalahan dan pendebatan namun sebagai teguran dan peringatan insyaAllah.

Pelbagai pendapat yang timbul berkenaan masalah ini. Ada yang mengatakan jumlah 12000 orang lelaki dan 7000 orang perempuan yang disebut oleh Tuan Minal itu adalah pada saat-saat akhir alam dunia iaitu ketika hampir berlakunya KIAMAT. Ada juga mengatakan jumlah tersebut adalah pada masa ini. Saya lebih tertarik untuk berpegang kepada pendapat kedua dan tidak menolak pendapat pertama. Kepada Allah yang Maha Mengetahuilah saya kembalikan persoalan dan jawapan yang sebenar.

Buat pengetahuan pembaca yang belum mengetahui dan ulangkaji kepada pembaca yang sudah maklum. Jumlah Kekasih (Wali) Allah adalah 70422 orang setiap masa dan ketika. Jika wafat salah seorang Allah akan gantikan dengan kekasih yang baru sehingga berlakunya KIAMAT. Ketahuilah jumlah 70422 orang ini terdiri daripada menteri-menteri KABINET yang disusun Allah dalam mengurus tadbir DUNIA ini. Daripada jumlah ini terdapat beberapa pangkat seperti Qutubuz Zaman, Imaman, Autad, Abdal, Akhyar dan sebagainya menurut jumlah-jumlah tertentu bagi setiap jawatan atau pangkat tersebut. Jumlah dan port folio menteri tersebut akan dibicarakan pada lain ketika jika diberi kesempatan. InsyaAllah.

Manakala jumlah yang beriman dinyatakan Tuan Minal dalam Aqidatun Najin hanya 19000 orang sahaja. Jumlah ini bercanggah dengan jumlah para wali Allah iaitu 70422 orang. Sebenarnya ana pon memikirkan masalah yang sama sehinggakan mengemukakan soalan kepada AYAH ana sendiri mengenai masalah ini. Allah bejanji para wali yang ada akan dikekalkan jumlahnya sebanyak 70422 orang sepanjang masa selagi belum KIAMAT. 

Di sisi manusia para wali yang wafat adalah mati dan perlu diganti manakala di sisi Allah, Allah menegah kita mengatakan mereka mati. Mereka hanyalah dipindahkan dari NASUT (alam Ujian) ke Barzakh. Jadi sebagai hamba yang maha dangkal atau cetek ilmu pengetahuan lebih afdal kita menyerahkan urusan kewalian itu kepada Allah mutlak. Cukuplah sekadar mengetahui jumlahnya 70422 dan akan diganti jika ada kekosongan. Maka urusan keTUHANan biarkan terus menjadi keTUHANan manakala urusan keHAMBAan perlulah dibaiki sehingga timbul keikhlasan yang hakiki. Manakala pandangan Tuan Minal pula adalah pembukaan HIJAB oleh Allah bagi Beliau melihat sendiri jumlah orang beriman di masa beliau.

Semoga Allah membuka lebih luas jumlah orang-orang beriman dan kita ditempatkan bersama mereka yang bersama Allah dalam Penghambaan dan minta tolong. Amin ya Rabbal Alamin. 

*artikel ini dipetik dari blog sahabat seperjuangan ana:  http://yabjad.blogspot.com

Wednesday, 9 January 2013

Isu Kalimah Allah 2013

Assalamualaikum para pembaca..

Firstly aku nak habaq mai kat hangpa yg aku ni ilmu cetek, jahil pun ya sebab banyak perkara aku masih jahil. Tapi aku sayangkan Allah dan aku tak mau nama suci ni dicemarkan oleh sesiapa. Agama Islam yg suci ni pun tolonglah jangan dicemarkan. Aku jadi naik geram. Tau tak geram??

Aku tau ni bukan pertama kali ia berlaku. Tapi kali ni ia berlaku bila aku mula nak kenal Allah dan agamanya. Aku tak pandai hujah, dan takda hujah dari nas-nas Al-Quran, al Hadith, pandangan-pandangan ulama. Aku takut silap. Aku cuma nak luahkan perasaan aku aje. Boleh gitu?

Bagi aku politik negara sekarang ni macam setan. Cerca merba. Mengelirukan bagi orang-orang yg sudah sedia keliru. Politik pulak dicampur dengan hal-hal agama. Agama Islam pun macam nampak gayanya nak dicampur-campurkan. Agama pun macam dah nak disamaratakan. Boleh aku cakap gitu?

Tak kisahlah kau nak back up dengan kata kat sabah, sarawak, timur tengah, indonesia semua ok je. Tapi aku tak peduli semua tu, aku tak mau perkara ni jadi kat semenanjung ni, tempat aku ni! Kalau aku hantar korang yg setuju pasal perkara ni ke tempat yg korang sebut-sebutkan tu, korang nak tak? Aku rasa bila duduk kat situ baru kau tau apa bezanya.

Ini semua kerja orang-orang yg nak melemahkan kedaulatan agama Islam. Kat tempat lain kau boleh lemahkan, tapi kat sini jangan. Aku kata jangan tu janganlah. Islam sedang diperbodohkan. Kita sedang diratah. Kita sedang lemah. Nak pulak dilemahkan lagi. Mangkok ayon mana yg benarkan?

Kita sedang dipecahbelahkan. Dengan PASnya UMNOnya, Anwarnya, Pakatannya. Keluar pulak isu ni, kita terpecah lagi, jadi semakin kecil semakin kecil semakin lemah. Kau tak sedar ke? Apa kebangang sangatnya kau ni?

Nanti keluar isu lain lagi, pecah lagi. Akhirnya kita dijajah lagi sekali, baru kau nak sedar tapi waktu tu kau dah lemah, dah tak bersatu, takleh nak wat apa dah. Tolonglah.

Ada pulak yg menyokong, hujah dia, biaq pi la kat depa sebab kekeliruan ni boleh diatasi dengan ilmu. Sapa ada ilmu, ada paham, Allah kita sapa, Allah depa sapa, so boleh selamat. Apa ke barang punya baghal punya cakap. Aku rasa orang yang ilmu dia 1000x lebih tinggi dari aku pun boleh sokong dan benarkan pencemaran ni berlaku, apa kebarrangggg ni?

Tambahan pulak umat islam kat Malaysia pada zaman ni, tinggi mana sangat ilmunya. Yg jadi GRO, tunggang todi, ahli clubbing, merempit, rogol sana sini, dadah sana sini, remaja-remaja yg maksiatnya macam-macam zaman ni, konsert muziknya berleluasa, dengan ayah pin nya lagi, rasul melayu, bomoh sana sini, kes murtadnya, dengan anak tak reti baca Al Fatihah walaupun dah patut tahu, ah kau baca Harian Metro sudahlah..  - So kau rasa kat level mana ilmunya majoriti umat Islam Malaysia pada masa ni?

Jadi kau rasa depa ni nak ambik tau tak? Dah lah tak ambik tau, dah tu pulak bila cuba ambik tau, terus mudah terkeliru! Yang kapir keliru, yg Islam pun keliru, celaru haru biru berowww!!

Yang rasa berilmu tinggi, ada PhD, keluar Al Azhar,  unibesiti-unibesiti Islam serata dunia pun belum tentu takkan keliru. Selagi buta sejarah, selagi hidung tersumbat (takleh bau busuknya agenda kapir), selagi telinga pekak, selagi perguruan tak bersanad sampai ke Rasulullah salallahualaihiwasallam, selagi mempajak gadaikan agama untuk dunia, selagi tulah mereka akan keliru. Cuma ada beberapa kerat je yg tak keliru, mereka itulah yg kuat membantah.

Aku rasa macam tak ada apa-apa je bila isu ni keluar, tak berapa nak hangat, macam remeeeeeh je macam tarik napas hembus napas. Eh cuba kau masukkan kepala dalam air kolah mandi sat lagi, selagi tak cukup 5 minit jangan keluarkan kepala lepas tu baru kau tau remeh tak remeh.

Patutnya isu ni hangat kaw-kaw punya sampai orang berdemonstrasi, bantah sana sini, bakar sana bakar sini, parang terbang sana sini, perang jihad ka.. tapi takda. Sembang kat kedai kopi, blog, paper sikit-sikit, berita 2-3 minit, takat tu aje la hangatnya...

Nak wat cemana.. orang islam dah tak sensitif dengan agama sendiri dah. Tengok aje la kat FB, masing-masing sibuk post cerita anak sekolahlah, kisah jodoh, ambik gambar makanan, gila bola, bersyair pantun, bergambar kat salji, melancung sana melancung sini, mengadu masuk sepital.. Eh macam takde papeeeeee je??

Walhal aku punya friend ramai yg kononnya kaki jihad, yg konon tentera fisabilillah pun ada ramai, fisabilillah pakai rantai, gelang, seluar pendek pun ada, sakan bab gaduh sana sini tapi.. ada la 2-3 ketul yg sama geram macam aku. Yang lain hanyuuut macam tu saja. Macam takde papeeeee je.

Diorang ni memang cari pasal la. Takda pasal carik pasal. Memang saja jolok sarang tebuan, tapi tebuan dah tak bisa sangat. Ntah bila nak bisa dan agresif pun tak tau lah. Tebuan lemau. Masing-masing jaga periuk nasik, takut hilang nikmat dunia, takut mati, cinta dunia terlebih. Wahan. Satu penyakit. Cinta dunia. Takut Mati. (Aku pun takut mati lagi ni ish.. utang tak bayar lagi)

Nak buat apa pun aku tak tau sekarang ni, kita tengok dulu sejauh mana depa nak cemarkan nama Allah ni. Nak tunggu sehingga tahap mana?
  1. Depa buh sticker kat belakang kete tulis: Jesus Anak Allah?
  2. Mereka tulis Allah kat salib?
  3. Anak cucu kita tanya kita 'Ayah.. agama kristian tu sama jugak macam agama kita ke?'
  4. Kes murtad semakin menjadi-jadi?
  5. Allah boleh diperlawakkan dalam jenaka-jenaka mereka sama macam mereka mempersendakan Jesus mereka dalam filem-filem, komik-komik, gurauan harian mereka?
Boleh ka tunggu macam tu?

Hmmm entahlah.. baru aku terasa sekarang ni tersangaaaaaatlah akhir zamannya.. hammmpirrrrr sangat sangat. Terasa sangat sangat.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau ampunilah kami, berilah petunjuk dan hidayah kepada Kami. Bantulah kami untuk memelihara dan mempertahankan agama Islam, agama Islam pada diri kami, ahli keluarga kami, masyarakat kami, harta benda kami dan tanahair kami. Kau cabutkanlah sifat pengecut dan gerun kami terhadap musuh-musuh agama Mu Ya Allah, bangkitkanlah kami untuk menentang musuh-musuh Mu Ya Allah, musuh-musuh yang cuba mencemarkan nama suci Mu Ya Allah.. Pilihlah kami untuk menjadi hulubalang-hulubalang Mu Ya Allah. Jangan Kau biarkan kami berbalah sesama sendiri Ya Allah, satukanlah kami semula Ya Allah, kembalikanlah zaman keagungan Agama Islam semula Ya Allah, Kau bantulah juga pejuang-pejuang Mu diseluruh bumi Mu ini Ya Allah. Berilah kami kemenangan mutlak Ya Allah!"

Amin.

AllahuAkhbar!

Wednesday, 9 May 2012

Kenangan Zaman Kanak-Kanak 80 'an

Terjumpa kisah-kisah zaman kanak-kanak tahun 80'an tadi. Kelakar gila baca macam-macam kisah yang sama macam aku lalui dulu. Malas nak cerita lagi (mungkin akan malas jugak lepas ni). Biar aku letak keywords nya saja dulu la.. mana yang terlintas aje..

Kategori-kategorinya tak ikut susunan, antaranya aktiviti permainan keluar peluh, rancangan tv, makanan tak berkhasiat, permainan digital, fesyen, alat permainan, filem, penyanyi etc..

Guli
Tenteng
Minyak Bon
Game keset
Tora datang lagi
Ding Dang
Game & Watch
Konda Kondi
Basikal Chopper
BMX
Freestyles bmx
Skateboard buat sendiri
Straw dan kacang hijau
Batang aiskrim
Tepuk kad
Tudung botol
Mandi sungai
Mandi Lombong
Mandi Lopak
Seret pelepah kelapa
Keset 
Mini compo
Aiskrim pop
Mario bros
Donkey Kong
Pin Ball
Tikam
He-Man
The Mask
The A Team
Happy Family
Old Maid
Donkey
UNO
Snap
Jentik Pen
Pemadam
Baling selipar
Panjat macam-macam jenis pokok
Voltron
Thunder Cats
Silver Hawk
Berus gigi time rehat sekolah
Lego
Contra
Street Fighter
Roro potato chips
Cikedis
Singgam 3 biji cap 88
Bas mini Bas Len
Game 20 sen
Game tembak kat kedai runcit menang dapat kacang lemau
Mercun katak
Mercun tarik
Mercun roket
MacGyver
Michael Jackson
Alleycats
Lagu Oldies
Grammy Awards
Breakdance
Pensel box buleh bukak banyak
Pisau lipat batang aiskrim
Belon tiub
Cekelat dalam kotak tulisan siam
Elf
TV cembung hitam putih
Lastik
Polis Sentri
Cop tiang
Rambut remos nipis
Seluar sekolah ketat
Funfair
Atari
Gila-Gila
Senapang kayu buah ceri
Basikal tua
Ikan longkang
Donald Duck
Oshin
Nam tour of duty
BJ and The Bear
Chips
Ninja Turtles
Fido Dido
Back To The Future
Transformers
Western Bar (game)
Kapal terbang polisterin
Pistol belerang bulat-bulat
Chewing gum rasa nak telan

Setakat tu je la yang aku ingat.. yang aku alami sendiri. Dulu zaman main, main sakan, tak payah makan nasik pun takpa. Seingat aku tak pernah lapar pun, makan pun sebab mak suruh makan je, sebab tu badan cekeding. Makan cikedis pun buleh kenyang. Sejak ada basikal, kalau tak naik beskal sehari, badan buleh sakit-sakit ataupun waktu sakit je tak sentuh.

Sungai? Jangan kata sungai saje, semua jenis air yang mengalir, bertakung, turun dari langit, berdekatan atau berjauhan dengan rumah, semua aku redah, longkang, lopak, Templer Park, Ulu Yam, empangan, lombong, kolam, tasik, laut (Terendak Melaka), Sungai Lui semua aku hantam! Kadang-kadang dengan basikal-basikal aku sekali masuk. Kena waktu hujan, belasah lopak-lopak, konon macam cabaran Camel Trophy, tak perasan lopak tu dalam, tenggelam sekali dgn beskal, balik rumah dengan badan dengan basikal jadi satu kaler lumpur macam teh tarik tu. Mak tengok, habis aku..

Zaman la ni? Sian budak-budak ni takda peluang macam kita dulu.. tengok astro, tengok dvd, angry bird, sms, facebook, romen-romen tepi jalan.. apa lagi entah aku pun tak tau.. Kena ujan sikit pun tak boleh nanti demammmm. Yang aku nampak budak-budak remaja sekarang ni banyak yang monteng sekolah, isap rokok, naik motor sana-sini, tengok orang tua buat tak reti.. aku belum tua ok heheh.. lahir 70 an ok. Muda remaja lagi cuma dah lewat sikit je..

Setakat kenangan aje la.. dalam dunia ni ada satu benda je yang sentiasa bertambah walau kita tak buat apa. Bukan duit, duduk diam dapat duit, bukan tu.. Tapi - umur.. duduk diam bertambah, tido pun dia bertambah, nak wat canne? Kan Demi masa kita sentiasa dalam kerugian, so tak payah la tengok cerita-cerita time machine tu.. ngarut aje, tapi dulu aku suka gak tengok back to the future. Naik bas mini ke KL tambang 6 plosen tengok wayang cite tu sampai 3 kali, apa punya gila. Balik-balik kena pau pulak dengan mat penagih aduh tension.. terbang 7 dollar. Kat Pertama Kompleks pun penah kena pau dengan bekas banduan kat kedai game atas tu, hampeh betul, itu la kali terakhir aku pegang duit RM20 kaler coklat tu.

Nak cerita semua satu-satu sebulan tak abis, ah nanti kalau aku ingat aku tulis la lagi.. ishh ngarut je aku malam ni.. terbuang masa aku layan perasaan jiwang 80'an ni.. korang punya pasal la ni..

Tuesday, 1 May 2012

Perhimpunan Bersih Patut Ke Tak Patut?

Assalamualaikum,

Bersih 3.0 baru-baru ni.. ataupun sebelum ni.. atau selepas ini.. patut ke tak patut?

Aku orang atas pagar lagi, susah nak buat keputusan. Amat susah. Misalkata kau orang parti X cerita pasal kehebatan dan ke-betul-an parti X dan memburuk-burukkan dan cerita pasal kesalahan-kesalahan parti Y pada aku, aku akan hangguk hanggukkan je kepala aku. Namun hati aku pasti akan bercampur-campur macam air batu campur, macam murtabak, macam muruku campuran syarikat Linggam. Gitu jugak kalau sebaliknya..

Apa yg aku nampak, dua-dua ada betul dan ada salah.

Nyatanya kali ni memang nampak salah sangat dan memang tak patut sangat - Perhimpunan Meroyan 3.0. Kau nak bagi hujah apa pun bagilah, aku ada hujah aku. Nak tak nak kau kena baca, nak meroyan, kau meroyan la kat bahagian komen nanti. Bagi aku taaakkk patuuuut.. takk patuuuuuuuut sangat..

Apa yang kau nak sebenarnya? Apa kau nak tunjuk? Apa kau nak buktikan?

Kau nak zahirkan keramaian? Ramai itu hebat dan kuat? Kau nak menuntut sesuatu yg amat mendesak?

Atau kau saja nak 'lepaskan' apa yang ada dalam hati hitam kau tu?

Kalau kau nak tau lah.. Azazil dan bala tenteranya cukup syok pada hari tu.. dia cucuk sana dia cucuk sini.

Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam dah bagi kisah-kisah yg menunjukkan ramai tak semestinya hebat dan kuat dan berkuasa. Nak tegak agama bukan dengan cara tu. Nabi tak perlu kuasa besar untuk memimpin tapi cuma dengan akhlak terpuji, kebijaksanaan sahabat-sahabat yang berkualiti tinggi, kesabaran yang tinggi dan banyak faktor lain lagi.


Yang penting bukan dengan cara ini. Baginda takda ajar berdemonstrasi, mengadu domba, mengganas, berhimpun ramai-ramai bercampur-campur lelaki perempuan untuk mendapatkan keadilan atau kuasa. Perlu ke buat semua ni?


Ok la, katakan kau ketua operasi demonstrasi yang hampeh macam ni. Kau ada pikir tak? Ada pikir tak? Tentang.. sesuatu yg buruk pasti akan terjadi. Satu, kau tak dapat kawal sesapa pun!


Ada peserta yg entah dari semak belukar mana dia datang, dari lubuk mana dia keluar. Entah gangster yg kejenya suka belasah, pukul, cederakan orang lain. Ada pembunuh, ada perogol, ada pencapet. Ada gak yg bawak anak-anak kecik, menangis-nangis kena gas adoyaiii... kau tak pikir ke semua tu?


Ada yg tak mengundi parti kau pun. Ada yg tak peduli tentang apa tema demonstrasi yg kau bawak pun, dia tau, kumpul ramai-ramai, kita bantah aje, apa yg dibantah dia pun tak tau, janji boleh mengamuk dan buat sukahati kat jalanraya macam Grand Theft Auto.


Sikap rebellious memang syok, macam time remaja dulu.. apa yang dilarang tu la syok sekali nak buat. Tapi itu skala kecik. Ini skala besar.. impact dia besar jugak la. Bukan setakat kesan buruknya pada kau saja tapi sampai anak cucu kau la wodddooooo!


Kau kata aman.. bohong je semua tu selagi kau tak dapat kawal dan memang kau tak dapat kawal sesapa pun kalau dah ramai tu. Inilah dia benih yg dah kau semai dalam jiwa rakyat. Kau yg mulakan!!


Katakanlah kau berjaya dapat memerintah negara. Lepas tu kau pun akan ada pembangkang. Diorang pun akan tuntut macam-macam macam kau dulu.. Kau nak bagi pun kena pikir 23 kali sebab baru kau sedar jadi pemimpin bukan senang nak buat keputusan.


Lopeh tu.. masa korang tengah bincang-bincang, pembangkang dah tak sabar, terus melepakkan diri kat dataran ramai-ramai.. (macam kau dulu.. eleh buat lupa pulak). Diorang kata aman. Tapi kau ishhh malas la nak cerita, kau pikir la sendiri.

Lepas tu polis-polis yg kau kata anjing dulu tu nak letak mana? Nak sack semua? Polis-polis yg pernah kau baling kete dia macam-macam, kau tebalikkan kete dia, kau pukul dia, kau ingat dia boleh buat-buat lupa? Kau ingat lepas kau perintah kerajaan, dia duduk lepak kat rumah makan keropok ikan parang dengan teh tarik? Kau tak pikir ke?


Kau pikir memang boleh aman ke? Bila dua pihak ditemukan side by side, takkan ada apa-apa yg akan berlaku? Mereka akan salam peluk cium pihak berkuasa? Lebih-lebih lagi remaja-remaja yg tak matang dan ada sejarah hitam dengan polis (mcm aku) tu, nak duduk diam aje? tengok aje? tutup mulut?


Huhh yg pastinya dorang akan usyar dengan penuh dendam kesumat, tunggu masa, tunggu sesuatu yg akan trigger suis nafsu amarah dorang. Kau tak pikir ke?

Lepas tu pulak polis bolasah dorang pulak cukup-cukup, ramai-ramai, gedebuk degebak, sepak telur, tendang muka, flying kick, kentut muka dia, kau ingat dorang boleh lupakan macam tu saja? 

Kau ingat bila dia balik dia akan senyap dan termenung saja? Silap broooo... Habis satu kampung dia cerita, siap nasik tambah lagi.. dan tambah perisa sesenduk sehinggalah polis di cap zalim, kejam, brutal, jahat, rasuah, bukan polis yg pukul dia tu saja, tapi semua polis! Ya semua! Kau tak pikir ke semua tu?

Itulah dia bila bertindak mengikut nafsu, geram, marah.. cukup mudah azazil and the gang nak buat kerja. Cuit sikit je settle keje dia. Tapi takkan settle sampai kiamat, non-stop. Takda cuti, takda MC. Akhirnya sapa yg terasuk, mengikut bisikannya, akan punah ranah. 


Apa yang kita buat kita mesti nak result kan? So apa result yang kau dah dapat? Ada improvement tak? Kalau masih belum improve cemana nak buat, apa yang nak kena tambah? Kena tambah bilangan kereta polis untuk dijahanamkan. dari sebuah kepada 10 buah pulak? Dari 10 orang polis kena tambah kepada 30 orang polis pulak untuk kau belasah supaya dapat result yg kau nak? Daripada kecederaan kepada kematian pulak ke?

"Habis tu kalau takleh berdemonstrasi untuk tuntut hak dan keadilan, nak buat cara cemana lagi bang? Ada cara lain ke bang? Abang ni cakap je pandai, cuba la bagi solusinya sekali.." Kau pikir la sendiri, kau lagi pandai dari aku. Kau kan loyer, mejistret, dokter, injiniyer. Aku ni ahlil musik, pandai kata aje

Ok la ok laa.. aku bagi cadangan. Ini best punya, result pun sure gempak punya.. Kita buat perhimpunan bersih tiap-tiap hari. Tempatnya tak jauh pun dengan tempat tinggal kita. Kalau kita buat ni sure kita tak sedih dah lepas ni. Selalunya tempat ni tak ramai waktu-waktu biasa, kali ni kita bikin havoc!! Kasi ramaiiiii - 

KITA PI MASJID RAMAI-RAMAI AMACAM?? ngeeeee....

Sehari 5 kali. Paling malas pun sehari sekali pun jadi la. Ini tidak, sedih aku tengok, tak lebih 2 saf selalunya. Jom Bersihkan jiwa masing-masing. Kalau ramai macam peserta Bersih tiap-tiap hari, tak usah risau la, Allah akan bantu punya.. bukan Anwar atau Ambiga atau mana-mana manusia yg bantu, tapi Allah yang bantu.. kan bagus kalau kita dapat harap kat Allah dulu. Tak nak bantuan Allah ke? 


Jangan pandang remeh masjid ni.. macam seorang pengkomen kat bawah ni ada part cerita masjid, macam remeh je bunyinya.. itu Rumah Allah bro.. nadi sebenar negara bro.. Bukannya sama dengan tempat korang meroyan kat jalanraya tu.. Kau setuju tak kalau aku kata sebuah negara yang hebat dan disegani bermula dengan kemeriahan masjidnya? Semoga tertutup hujah kau dengan hujahku ini ohhhh....!!

Dah la tu.. patut ke tak patut? 

Wednesday, 25 January 2012

Moral Ummah Hancur Kerana?

Pemerintah yang jahil akan di angkat oleh Allah yang di undi oleh rakyat yang jahil. Pemimpin yang beriman dan bertaqwa di angkat oleh Allah yang di undi oleh rakyat yang beriman dan takut kepada Allah.

Aku tertarik dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan ini. Zaman ni zaman tipu menipu. Pekerja tipu majikan, majikan tipu pekerja. Anak tipu bapak, bapak tipu mak. Bapak ajak mak tapi mak kata uzur tak dapat pi surau dengar ceramah padahal nak tengok rancangan Rajalawak. Bapak pun sebenarnya tipu tak pegi dengar kuliah pun, tapi jumpa janda. Gitu la perumpamaannya..

Zaman orang kuat berbohong, jadi jangan salahkan pemimpin yang juga selalu berbohong. Yakinlah bahawa kita sendiri yang menzalimi diri sendiri. Allah tak pernah sedikit pun menzalimi kita! Banyak doa-doa taubat dari kisah-kisah Nabi yang ada ayat 'sesungguhnya kami menzalimi diri sendiri'.


Nak salahkan sapa lagi kalau bukan diri sendiri? Zaman ini zaman suka tengok salah orang lain, diri sendiri tak pernah tengok. Adab yang betulnya ialah bila kita tengok orang lain, zahirkanlah semua kebaikan dia, jangan tengok kesalahan dan dosa-dosa mereka, usahalah untuk tutup aib orang. Tengok diri, zahirkan (perlihatkan) dosa-dosa diri.. sembunyikan amalan-amalan baik.

Dah tak ramai orang-orang yang macam ni.. umat islam hanya umpama banyaknya buih-buih dilautan.. ramai tapi hampeh, tak kuat. Satu buih hilang, sepuluh buih baru timbul. Apa yang Nabi kita Nabi Muhammad salallahu alaihissalam ramalkan memang sudah nyata kini.

Balik pada tajuk. Ummah semakin hari semakin parah. Tak perlu pikir dalam-dalam apa puncanya. Tak payah tengok jauh-jauh nak tau puncanya. Tak payah salahkan yahudi, teori konspirasi, salahkan pemimpin, jiran sebelah, orang kapir tak payah tak payah tak PAYAHH!!

Islam itu agama yang terang, siapa orang islam maka dia berada di dalam terang. Hakikatnya sekarang, orang islam sesat dalam cahaya terang benderang! Orang kapir toksah kira la memang depa duk dalam gelap pun. Tapi ni, kita orang islam!

Walaupun Allah dah bagi kemudahan elektrik, masih tak mau mengaji Al-Quran. Orang Myanmar yang diburu ketakutan, gali lubang dalam tanah, guna lilin dari lemak binatang semata untuk mengaji Al-Quran, takut-takut dilihat pemberontak. Kita?

Dah ada macam-macam kemudahan, lampu, air, kenderaan, jalan raya, duit isi minyak, masjid tapi ada ke kita guna untuk jalan Allah? Allahuakhbar.. teruknya aku.. eleehh korang pun sama teruk!

Balik pada tajuk. Secara umumnya kita semakin jauh dengan Allah.. disibukkan dengan duniawi sampai lupa ajal, lupa bekalan untuk ke sana. Pagi petang cari kedarah. Bukan salah, tapi cari kedarah sampai lupa dan lalai, satu sen tak guna!

Ada satu perkara penting kita lupa.. antara penyebab kerosakan akhlak zaman sekarang.

Tak belajar FARDHU AIN.

Imam Ghazali kata, haram kalau belajar Fardhu Kifayah sebelum habis belajar Fardhu Ain. Fardhu Ain tu ada 3, Tauhid, Feqah dan Tasauf.

Elok aku terangkan kat sini bahawa berdosa besar kalau mak bapak tak ajarkan anak isteri bab Fardhu Ain ni! Kalau tak mampu ajar, bawak pi belajar sekali! Sebab ini penting..


Kes Amalina, walaupun dapat 17A SPM 2004. Dulu bertudung, sopan, tapi bila lepas ke Scotland terus jadi tak senonoh. Mak dia sendiri mengaku bagi anak dia pakaian tak senonoh macam tu, tak tau la nak coverline ke apa. 


Ini contoh.. akibat dari tiada didikan fardhu ain yang mantap dari ibu bapa. Belajar bahasa inggeris, bahasa melayu, engineering, fizik, biologi, metafizik, fluid power and turbo machinery, applied metallurgy, fluid mechanics, bahasa jawa tak salah.


Tapi salah bila didahulukan fardhu kifayah ini berbanding fardhu ain. Ilmu ini ialah untuk kita mengenal Allah, perintahnya, larangannya, tau bab toharah (bersuci), tau cara bersolat, belajar mengaji, kenal Rasul, rukun islam, rukun iman, moral, akhlak dan macam-macam lagi.

Ini tidak, kalau tak lulus bahasa melayu, maka sijil tak laku. Islam diletakkan dimana? Melayu diatas, Islam dibawah? Bukan ke perkara ni digubal oleh kerajaan yang telah kita pangkah? Kita jahil, pemimpin kita pun jahillah.


Nak belajar ilmu apa pun belajarlah, tapi jangan di abaikan satu matapelajaran yang teramat-amat penting ni. Dahulukan ia. Didiklah anak-anak kita, isteri kita, agar masa depan negara akan di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang alim, tak jahil, ada moral, ada akhlak baik, dan juga tak lain tak bukan - hafal surah Al-Baqarah!

Sesungguhnya aku amat mengimpikan ini.. 


Sebenarnya aku yang cakap pandai dan cakap banyak ni pun tengah belajar fardhu ain balik. Azam aku tahun ni nak bagi mantap lagi subjek ni. Aku pun hampeh jugak tapi nasib baik ada taufik. Hidayah aku tak tau lagi.. baru ada taufik je ni..


Kalau ada kehendak, kita mintak, InsyaAllah Allah akan beri. Kehendak itu ialah aku mintak pada Allah agar beri aku petunjuk.. petunjuk jalan yang benar. Alhamdulillah Allah telah berikan pada aku. Kalau tak, memang masak la aku nanti..

Aku tak mau anak bini pun sesat baran. Usahalah untuk keluarkan diri kita dari 72 puak yang sesat, belajarlah bab Aqidah, ni pun teramat penting gak.. Kalau beramal macam tok wali pun tapi aqidah jem, tak guna setengah dirham pun.

Keluarkan diri kita dari kegelapan dan kejahilan. Toksah bagi alasan diri jahil bila buat benda salah lagi. Zaman dulu nak pi belajar, nak keluar dari jahil bukan senang macam sekarang. Kena naik sampan, redah hutan belukar, jumpa rimau, jalan kaki, kena cari fuhhh.. susah.. tapi cukup berkat! Bayangkan Imam Syafie berjalan lebih kurang 800 batu semata-mata nak dapatkan sepotong hadis! Zaman ni, tak sampai 5 minit dah dapat beli buku-buku hadis, banyak pulak tu!!

Sekarang, semua dah ada, kuliah masjid, internet, ceramah radio, vcd ceramah, buku-buku, kuliah kat tv, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, orang alim, tok guru, ada henfon ada kereta, motor, mudah je.. Sebaik-baiknya carilah guru-guru untuk mengesahkan apa yang kita belajar tu. Jadi, nak bagi alasan jahil lagi? Memang saja la tu..

 Jadi marilah kita betulkan semula diri kita.. belajarlah apa yang sepatut-patutnya kena belajar. Selamatkan akidah kita, selamatkan ahli keluarga kita dulu kerana dari sebuah institusi keluargalah terlahirnya ummah. Aku sekadar berdakwah iaitu mengajak bukan mengajar, hanya berkongsikan apa yang aku tahu. Apa-apa kesalahan aku, ampunkan aku, tegurlah aku, aku terima. 

Sekian. Wallahuaklam.


Sunday, 31 July 2011

Politik Malaysia Macam Politik Budak-Budak Kerana Kita Keboringan

Salam Ramadhan.. selamat menjalani ibadah puasa dgn sempurna..

Aku ni bukan le pengikut perkembangan politik yg tegar atau pandai bersembang pasal politik pun. Tapi tau gak le sikit-sikit perkembangannya. Aku tak peduli aku nak luahkan jugak rasa hati ni. Aku bukan pro mana-mana, sebabnya nanti aku akan jadi susah, so jadi pengkomen atau pengkritik lagi sonang.. buleh tembak merata-rata..

Tengok aje la depa berbalah dalam mesyuarat yg keluar kat tv tu, tapi aku tak tengok tb pun, tengok youtube je. Masing-masing tegakkan point walaupun pointnya entahapa-apa. Bertengkar macam budak-budak walaupun kepala dah botak, dah beruban, burok bebenor ghopenye bila betengkar.  Tak pernah jumpa sesapa yg mengaku salah dia walaupun apa yg dia kata tadi memang betul-betul salah, nak cover malu punya pasal. Bila jalan-jalan tengok blog politik, lagi aku aku rasa macam politik budak-budak..

Namun aku mengaku, both side memang ada kebenarannya masing-masing, tapi masa yg sama, kebodohan masing-masing pun ada. Contoh, baca aje la alkisah-alkisah pasal Bersih. Nak tergelak pun ada.. pakai baju kuning ada perkataan bersih kena tangkap, lepas tu makcik cleaner kat supermarket Billion pakai baju kompeni warna kuning ada tulis nama kompeni Cuci Bersih - pun kena tangkap haha ini cerita rekaan aku je.

Tuduh polis anjing/barua kerajaan la - padahal kalau dia dah dapat ambil alih kuasa nanti takkan nak berhentikan semua anjing-anjing tu? Kita dah terlalu boring sampai orang yg menjaga keselamatan negara kita pun kita nak musuhi.

Lepas tu konspirasi nak jatuhkan islam la - habis tu awat tak kata konsert-konsert, pertandingan-pertandingan muzik, nyanyian-nyanyian dari budak-budak, remaja, sampai la ke tua gigi dah reput (khas utk orang-orang tua pun dah ada sekarang ni, jgn tak tau.. perkembangan hiburan tanahair tu penting ooo..), rancangan-rancangan tv, iklan-iklan tv yg mengajak manusia menghampiri zina tu tak dikatakan sebagai konspirasi nak jatuhkan islam? Kamon la bro...

Ada banyak lagi, artis-artis bengong yg bercakap macam orang jahiliah, yg seksi-seksi cakap macam org tak sekolah, rancangan tv yg mengaibkan pasangan suami isteri artis pun ada la ni.. fuhh banyak broo konspirasi nak jatuhkan islam dalam negara ni, tu baru cerita pasal tv dan artis..

Baru tadi ada terbaca blog Pas nak edar 20,000 cd demonstrasi ari tu nak buktikan polis jahat la, yg BN pulak tunjuk bukti-bukti dia tak jahat la aduyaiii... lepas tu ada yg komen kata 'besi tak boleh jadi bukti/saksi'.. dia pulang paku keras balik.. hahaha..

Lepas tu ada pulak yg sanggup upload adegan sex anwar kat internet dengan harapan org percaya itu adalah anwar. Aku tak peduli tu anwar ke samad ke karim peot ke tapi aku nak point - Depa tak perasan ke yg depa ni tengah kumpul dosa dengan menyebarkan video seks yg boleh ditonton oleh sesiapa saja, termasuklah aku?? aku bukan tengok.. tertengoooookkk haha..

Sebelum tu cerita liwat, liwat sana liwat sini, sampai budak-budak pun dah tau maksud liwat tu dan akhirnya peratusan kaum gay pun bertambah sebanyak 24% semenjak kebelakangan ni (mengikut statistik yg aku ambik dari contengan dalam tandas awam).  Satu pihak kata betul satu pihak kata bukan, tak kisahla apa-apa isu pun janji dapat bergaduh, syokkk ooo...

Tak ke macam budak-budak tu?

Apa yang aku rasa la kan.. pasal apa senario politik kita ni macam Senario, kelakar tu kelakar tapi kelakar entahapa-hapa. Mungkin sebabnya kita ni aman sangat kot. Takda apa-apa perkara besar yang lebih besar dari apa yg berlaku mcm hari ni untuk kita sama-sama stand up and fight. Contoh seperti Jepun nak serang Malaysia sekali lagi ke, Amerika nak tuju bom nuklear kat kita ke.. Contoohhh!

Oleh kerana keboringan yg melanda rakyat Malaysia, so kita pun bikin la cerita, yg sini cuit sana, sana cuit sini, lepas tu marah-marah, lepas tu sepak terajang, macam adik beradik.. Yg si abang ambik barang adik, si adik menangis lalu memberontak (kes berebut barang).. tapi politik ni berebut kuasa, sama aje la tu.. perangai pun macam budak-budak..

Apa-apa pun kita ni 1 Malaysia, 1 melayu, 1 cina, 1 india, 1 benggali, 1 apa-apa sajalah. Yg se-agama, contoh Islam kita bernaung dibawah 2 kalimah syahadah, cukuplah, tak payah ditambah-tambah pelbagai perbezaan yg entahapa apa yg dicipta sendiri. Yg se-bangsa pulak peganglah pada 1 adat dan budaya masing masing, yg si melayu tak payah la berclubbing-clubbing tonggang air koncing setan, konon cool sebab dapat ikut orang kapir barat. Se-negara pulak, lu pikir la sendiri.

Penutup, ya kita keboringan... jom kita main sama-sama!

Friday, 22 July 2011

Dilemma Betul Atau Salah, Benar Atau Sesat, Halal Atau Haram?

Assalamualaikum..

Macam-macam nak den nak kato nih.. dunia dah makin cerca merba. 

Kepalo den poning. 

Mana satu betul mana satu salah? Banyak kali bila aku rasa sesuatu tu betul, tiap kali jugak mesti tejumpa kontra dia iaitu tak betul. Lepas tu rasa cam nak gibab sebab apa yg aku rasa betul akhirnya tak betul, apa yg aku rasa halal rupanya ada yg kata haramjadah. 

Dalam bab agama, politik, kerjaya dan segala aspek kehidupan la rasanya.. Zaman ni cukup payah nak cari kebenaran. Aku sentiasa mencari kebenaran tapi tak banyak kebenaran yg aku jumpa.


Dulu aku rasa BN tu betul sebabnya aku dibesarkan dalam keluarga BN, tak banyak input yg boleh dapat dari pembangkang khasnya PAS dan PKR. Kebanyakan info yg aku dapat cuma dari berita-berita mainstream aje. Maklumlah dulu bodoh lagi. Percaya satu, yg lain tak payah percaya.


Bila dah matang sikit baru aku cuba nak tau dari semua pihak. Lepas tu aku rasa eh eh silap la aku sokong BN, rupanya ada banyak benda yg tak betul dah ni.. kata hati aku.


Tak lama lepas tu eh eh.. yg sebelah sini pun lain macam jugak gayanya. Perjuangan nak tegak Islam tu aku paham, aku pun sokong tapi ada segelintir pemimpin dan penyokongnya yg membuat aku tukar pikiran semula. 


Ada la beberapa perkara dalam politik ni yg telah membuat aku meluat, malas nak ulas secara detail, tak reti nak ulas pun. Lagipun aku selama ni bukannya ambik pedulik sangat dengan hal politik-politik ni, lebih-lebih lagi politik yg dah dikotorkan, atau memang politik tu dah kotor??


Ntahlah.. akhirnya aku pun give up, baik aku duduk dalam hutan, tak kacau sesapa.

Lama dah aku tak tengok tv dan surat kabar. Kalau pegi kedai tu jeling-jeling aje tengok tajuk muka depan. Berita tv pun kalau 'tertengok' aje, sebab muncul dipertengahan cerita. Lantak engkau la, apa nak jadi jadi la. Aku dah tak nak amik peduli, biar aku dengan dunia aku sendiri.

Kebenaran tu dah tenggelam dicelah-celah fitnah, pembohongan, kerakusan manusia dengan dunia, kejahilan. Inilah zamannya. Tapi aku pasti kebenaran tu akan timbul juga untuk mengatasi kebathilan. Itu janji Allah.s.w.t.


Bab agama pun sama jugak bagi aku memandangkan aku ni memang jahil bab agama, tapi takpala agama Islam ni dah memang benar. Walaupun semua umat islam mengucap dua kalimah syahadah tapi perbezaan pendapat tu tetap ada. (Ada jugak yg mengucap 3 kalimah syahadah tau! - Puak Syiah).


Kalau setakat berbeza sikit-sikit tu takpa lagi kalau masih dalam mahzab yg kita iktiraf dan masih dalam aqidah yg tetap sama. Antara sunni dengan syiah memang la kita boleh tau perbezaan ketaranya. Islam dan kapir lagi la kita tau. 

Tapi kalau dalam golongan sunnah wal jamaah kita sendiri pun ustaz-ustaz, alim-alim ulama pun dah menghukum kapir dan sesat sesama sendiri ni apa ceghite? 


Aku follow punya follow.. tetiba eh ada org kata - org yg aku follow ni sesat! Aku follow yg lain pulak.. follow punya follow huh nasib baik takda lagi yg kata sesat. Bukan apa, ni cerita bila aku cuba cari ilmu kat internet ni ha, takkan hangpa tak pernah jumpa kot?


Kes wahabi wahabau, sesat menyesat, kapir mengkapir lagi bikin aku jadi poning. 


Jadi apa yg aku perlu buat dan korang kena buat? 

Berhati-hati la dijalanraya, tengok signboard betul-betul, jangan sesat.

Yang lagi bestnya timbul la pulak macam-macam nabi baru keluar, macam kat indun melambak-lambak keluar cas dirinya nabi. Nak tegelak pun ada bila tengok 'nabi baru' kena intebiu kat rancangan tv indun, try le cari kat utube. 

Lopeh sekor, sekor keluar..  yg aku nak tegelak tu bila ada sekor tu ngaku dia tu nabi Isa baru turun dari langit, lepas tu kantui bila org kata dia tu 'orang stress' hahahaha tak ke kelakar..

Walaupun kelakar, nabi-nabi baru ni bukan takda pengikut! Tu dia puluhan ribu pengikut pun ada, pengikut pun bukan lekeh-lekeh, org pandai-pandai (tak tau la pandai ke hape sebab tengok sekor-sekor muka edukated, pakai baju coat, smart-smart amik 'baiat' kat hotel lagi) - Tapi sebenarnya bangang dan pandir.

Dalam bab cari duit pulak, macam-macam jugak la aku terai, eden torai, MLM la, forex la, internet bisnes la, google adsense la, stok market la bla bla bla.. Nasib baik aku tak pandai bebisnes, habih semuo bisnes den telungkop hahaha ghibuan ghingget den hanguih tobaka tak tontu pasal. Ghabak poket den.. Kalau aku kaya dengan pencarian duit seperti di atas, sure kenyang aku kedarah duit haram.

Dulu tak kisah dan tak peduli halal haram dalam bab cari duit (duit extra kononnya) ni. Lepas extra kemana tra tra kemana, baru aku tau ada fatwa-fatwa yg kata MLM, forex, stok, google adsense tu haram. Ada gak yg mati-matian kata sebaliknya. Baik aku amik jalan yg selamat, baik toksah buat langsung semua tu. Risiko duit haram takleh buat main doh..


Manusia ni kalau dah taksub, dia akan ikut fatwa yg sesuai dengan nafsu dia. Jadi matlamat dia akan menghalalkan cara walaupun ia tak halal. Dalam politik pun ada banyak tektik-tektik semacam ni. Tu yg buat aku meluat..


Satu lagi bab riba, memang takleh lari punya, bukan tak boleh, memang boleh tapi dengan syarat kena duduk dalam hutan, jadi tarzan 1 malaysia. Kerja baru aku sekarang ni pun baru aku dapat tau ada part komisyen yg haram, aduhhhh.... Habih tu nak buat cemana? Serba tak kena hidup ni.

Hmm entahlah, tu aje la yg aku nak kata utk post pertama aku ni. Hidup aku yg sedang blur sekarang ni yg membuat aku menulis topik yg blur macam ni. Arah entah ke mana hala, nak ke depan ada org suruh ke belakang; nak ke kiri tak boleh, pegi ke kanan; nak ke bawah kena tahan, naik ke atas.. pi mai pi mai, blur..


Yang penting kita cari kebenaran, tentukan mana yg betul dan salah, mana yg benar dan sesat, mana yg halal dan haram. Cari - selagi tak jumpa, jangan give up macam aku kata tadi melainkan dah betul-betul blur, tapi masa yg sama mintak Tuhan tunjukkan mana satu yg betul. Insya-Allah..

Wasalam..